Tuesday, 9 February 2016

Surah 17 (31~40)

Bani Israil, dari ayat 31~40; 


31. Dan janganlah kamu bunuh anak-anak kamu, lantaran  takut kepapaan, kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada mu, sesungguhnya membunuh mereka itu, adalah satu dosa yang besar.

32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya adalah satu kejahatan dan jelek perjalanan nya.

33. Dan janganlah kamu bunuh diri yang Allah telah haramkan, kecuali dengan jalan kebenaran, dan barang siapa dibunuh dengan kezaliman, maka sesungguh nya kami telah jadikan ahli waris nya itu berkuasa,  tetapi janganlah ia melewati batas dalam membunuh nya, sesungguhnya adalah ia orang yang ditolong.

34. Dan jangan lah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan cara yang lebih baik, hingga sampai ia baliq, dan tunaikan lah perjanjian, kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

35. Dan sempurnakan lah sukatan, apabila menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus, yang demikian itu baik bagi kamu dan sebaik-baik kesudahan.

36. Dan jangan lah engkau turut apa yang engkau tidak mempunyai ilmu padanya, kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati   -  tiap-tiap satu daripadanya  -  akan ditanya dari hal itu.

37. Dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan boleh menembus bumi, dan engkau tidak akan boleh melawan tinggi dengan gunung-gunung.

38. Tiap-tiap sesuatu dari perbuatan-perbuatan itu, adalah kejahatan nya pada sisi Allah dibenci. 

39. Yang demikian itu, setengah daripada hikmat yang  Tuhan mu wahyu kan kepada mu, dan janganlah engkau adakan berserta Allah satu tuhan yang lain supaya engkau tidak dicampak kan di neraka, dengan keadaan tercela dan terbuang.

40. Maka adakah Tuhan kamu telah pilaharakan buat kamu akan anak-anak laki-laki, dan ia telah ambil melaikat itu sebagai anak-anak perempuan-perempuan ? sesungguhnya kamu berkata satu cerita yang besar (dosa besar).
 . 

Following twitter,
[] https://twitter.com/KeristalOptik/status/697257858178555904








.

Pantun (1~53)


,1.
Rakyat menunggu harga turun,
Rupanya naik mendadak-dadak,
Apakan daya sudah jadi turun termurun,
Setiap ucapan YAB sudah mendesak.

,2.
Korek mengorek minat mereka,
Disana sini rakyat mengeluh sendiri,
Apa nak jadi kampung kita,
Rumah siap pahat berbunyi.

,3.
Dulu katanya ikut pasaran dunia,
Kini harga lantai menjadi ukuran,
Apakah nak jadi kepada rakyat jelata,
Sekarang nasi & kidap jadi hidangan.

,4.
Malam ditengah malam sunyi sepi,
Mencari ilham untuk bahagiakan anak kita,
Ku renung kelangit hingga kelubuk hati,
Tapi tak kunjung tiba.

,5.
Bangun pagi-pagi ke kali,
Merenung jauh kedalam perigi,
Apakah nasib ku yg berusia ini,
Meleleh air mata melihat anak kini.

.6.
Ku berbaring dilantai,
Terasa sengal tulang belulang,
Apakah YB & YDP tak boleh maaf kami,
Sekadar silap hantar borang.

.7.
Menitis air mata dipipi,
Melihat anak ingin yolong ibu,
Apakah tak sudi maaf anak ini,
Hanya sekadar silap borang utk membantu.

,8.
Ku pacu masa hadapan,
Mengharapkan Rafizi buka gelangang,
Apakah tiada cadangan lawan di Pekan,
Untuk membela nasib rakyat yg malang.

,9.
Cerdik pandai sudah ramai pulang,
Menunggu giliran untuk dapat kerja,
sampai bila nasib sentiasa malang,
Menganggur sepanjang masa.

,10.
Jari jemari meraba kekunci komputer
Mencari idea untuk jadi kaya raya
Hingga mata juling berputar-putar
Bilakah agaknya untuk berjaya.

,11.
Gagak di rimba mulai berangan,
Sesekali ia merak kayangan,
Bagaimanakah jadi gerangan,
Hulur panjang tak sampai ke lengan.

,12.
Suara kuasanya meningkat garang,
sedangkan hutangnya makin tembelang,
untuk kumpul harta orang,
dijadikan modal untuk menang.

,13.
Tujuh kali terulang pesta dusta,
Penuh maksiat penuh dosa,
bohong yg khayal pun tergelak megah jua,
menjadi hiburan anak muda.

,14.
Yang paling garang terlihat menyanggah,
disakunya telah pun tercurah upah,
Demi mencari rezeki yang mudah,
Itulah tradisi hidup bermewah.

,15.
Lidah hanya meminjamkan suara,
Niat menentukan rindu bencinya,
Apa salahnya untuk berkata,
Sekadar hiburan belaka.

,16.
Mudah mengenali Melayu baru,
Dimana longgok gula, ya di situ,
Apakan daya nasib bagitu,
Menadah meminta setiap waktu.

,17.
Pawana berpuput dari Kuantan,
Bau lender kahak yang berterusan,
Bagitulah sendiwara gelandangan,
Penuh rahsia dalam jambangan.

,18.
Pok anai-anai dinding hilang paku,
Belajar putar telan juga sapu,
Tolak kayu dan batu,
Itulah dia pakai kasut tak bersepatu.

,19.
Sebaik tak terkawal nafsu nanti,
undang-undang kesat bakal berperi,
pencuri masuk rumah tak kena gari,
Tuan rumah digantung sampai mati.

,20.
Tanding mewarna diperlukan permit,
beli buku mewarna ‘kan diwajib?
Asalkan warna yang mereka minat,
Pasti permit tak wajib.

,21.
Ufuk tahun baru semakin gabra,
cukai cukai cukai tersenyum mesra,
Itu dia idea yang baik belaka,
untuk selesai hutang yang ada.

,22.
Bertanya saja pun boleh dipecat,
eloklah cepat berlatih melompat,
Kalau bagitu lekas bertaubat,
Menjadi kakak tua lagi lebat.

,23.
Benteng di pantai mulai meretak,
jejerung kuasa tentu tersentak,
Apakah gerangan adik kakak,
Marilah kita bina tambak.

,24.
Ke mana pun nanti bayu bertiup,
di sisinya pasti ada sang cekup,
Bila semuanya dapat ditutup,
Apa jua pun tak akan meletup.

,25.
Yang berlabuh sengaja tak dikhabar,
yang belayar heboh sungguh diuar-uar,
Bagitulah indahnya suara akhbar,
Penuh sendiwara lakunan liar.

,26.
Di dalam iklim secelaru ini,
Lavrenty Beria mudah menjadi,
Itu lumrah biasa terjadi,
wayang kulit penuh isi.

,27.
Bahasa Francis Drake dijunjung tinggi,
Bahasa Tun Lanang di celah kaki,
Memang amalan dunia kini,
Tak sadar ilmu tak tinggi.

28..
Walaupun lelapnya terlalu lama,
Khazanah bertimbun dalam dengkurnya,
Rupa bermimpi dihari senja,
Tak sadar maghrib dah tiba.

29.
Empat setengah ke satu setengah,
tarian saham sedang termengah,
Bila minyak harga jatuh,
Rakyat resah gelisah mengeluh.

,30.
Walaupun hartanya terus menganjal,
masih tak dikira negara gagal,
Apa nak fikirkan kita dari mana asal,
Janji semua dapat kekal.

,31.
Buai lelaju sampai tepi tingkap,
berlendir dalam saku wang Pak Arab,
Bagitulah kaya melimpah tegap,
Sumbangan diterima penuh lelap.

,32.
Bertambah ramai wewira yang palsu,
senyaring jerit dan seampu-ampu,
Itulah dia Hang Tuah yg lesu,
Hang Jebat jua letih dan layu.

,33.
Kini Kedah sudah berubah,
Mantan MB merasa sedih digelak,
Apa akan jadi pilihan raya sudah,
Menunggu undi dihujung taduk.

,34.
Rumah siap pahat berbunyi,
Mencari tempat teduh untuk diri,
Terima kasih kepada TUAN RUMAH kini,
Memberi sewa kepada kami.

,35.
Cita-citanya sudah tercapai,
Membina empayer penuh mesteri,
Bilakah PRU akan kembali,
Tak sabar hendak mengundi.

,36.
Keloh kesah kehidupan,
Penuh ranjau dibumi yang nyata,
Bagitulah selesa Tycoon,
Hidup melarat resam dunia.

,37.
Negara maju lagi makmur,
Universiti tumbuh cendawan,
Kelulusan Universiti Umno subur,
Utk anak bangsa menjadi usahawan.

,38.
Kereta M'sia sangat murah,
Boleh dibeli semua lapisan,
Bila harga naik sebagai tuah,
Kami tak sabar sahut cabaran.

,39.
Warna kelam disubuh sepi,
Rupanya masih larut malam kini,
Apakah aku ini bermimpi,
Menjadi YB di PRU14 nanti.

,40.
Selangor ku yang indah,
Untuk capai cita-cita murni,
Apakah tak mahu ambil alih,
Kita boleh bantu jika Noh Omar sudi.

,41.
Noh Omar menolak tuah,
Dihulur tangan berdiam sahaja,
Bagaimanakah hendak ambil alih,
Bantuan kami tak mahu diterima.

,42.
Ruang kosong masih ada,
Ismail Kijo tak sudi namakan saya,
Untuk tadbir Selangor kita,
Pilih kroni tak berwibawa.

,43.
Terangganu sudah tukar pemimpin,
Johor pula ketandusan pengaruh,
Kedah dalam delima dalaman,
Melaka akan lahir Hang Tuah.

,44.
PM kita bersemangat waja,
Penuh dedikasi mentadbir negara,
Bilakah agaknya kita boleh berjumpa,
Sembang kedai kopi jadi jua.

,45.
Selangor Kini penuh megah,
Membantu semua rakyat,
Alangkah baik terus memerintah,
Agar pemimpin disukai rakyat.

,46.
Minuman jus jadi kegemaran kini,
Sebahagian dikatakan menyembuh penyakit,
Apakah benar iklan sebegini,
Mengelirukan mereka yg tenat.

,47.
Malaysia indah sekali,
Pelbagai kaum & agama,
Hidup riang ria penuh harmoni,
Inilah dia Malaysia tanah air kita.

,48.
Lautan dalam hendak diduga,
Lihatlah dulu cermin muka,
Apakah kami layak mencuba,
Untuk mencari kekayaan dunia.

,49.
Melihat YB pergi ke Mekah,
Melilih liur dari jauh mendongak,
Apakah nasib tak sudah,
Dah tua wargamas masih belum pijak.

,50.
Mantan TPM merasa kecewa,
PRU14 hampir tiba,
Apakah UMNO Johor masih berwibawa,
Melihat ahli merasa gusar dan hiba.

,51.
Hidangan lazat nikmat tahun baru,
Menyambut tahun baru Cina,
Andai dapat bersama beliau,
Alangkah bertuah kami keluarga kita.

,52.
Sayap berkepak disemenjong M'sia,
Patah sayap tak sampai ke Sarawak,
Apakah bukti Amanah berwibawa,
Ke Sabah jua tidak layak.

,53.
PapaGomo lantang di Internet,
Penuh semangat sokong Umno,
Bilakah anda ingin jadi wakil rakyat,
Cuba nasib atas tiket umno.
.
.

,
Pantun (1~45),
[BS] http://sukaumno.blogspot.my/2016/02/pantun.html
[G+] https://plus.google.com/111757681065045519877/posts/BqN7YxKFQVf
[Tw] https://twitter.com/UmnoSelKantoi/status/695905018575089664


.